4 tempat paling berbaloi habiskan voucher BB1M

Voucher BB1M 2015 hampir siap diagih kepada pelajar universiti. Kelihatan berapa kedai buku gergasi sudah pun mula mengambil bahagian dalam mengadakan promo untuk tarik minat pelajar menghabiskan nilai RM250 voucher BB1M mereka. Khabar angin bahawa BBB1M boleh ditukar kepada wang tunai tidak kurang kencang ditiup juga, tapi tahukah anda tindakan sebegitu sebenarnya bukan sahaja melanggar undang-undang malah tindakan sebegitu sebenarnya merugikan.

Kami berjaya mengumpul maklumat, dan ingin berkongsi kepada semua penerima BB1M, tempat-tempat menarik dan berbaloi untuk membeli bahan-bahan bacaan dan peralatan sekolah.

4 tempat paling berbaloi habiskan voucher BB1M

1. Popular Book Store

popular bb1m 2015   

Popular belakangan ini banyak buat promosi dengan booth buku di dalam shopping mall. Berikut ialah tawaran yang diberi Popular :

Belanja RM250 – dapat RM50 voucher free + membership percuma popular setahun

Belanja RM150 – dapat RM10 voucher free + membership percuma popular setahun

Belanja RM100 – dapat RM5 voucher free.

Alat tulis di Popular juga lebih murah berbanding kedai buku yang lain sebab produk range popular tidak begitu premium seperti di kinokuniya.

2. Borders Malaysia

borders bb1m 2015

Belanja RM150 – dapat RM10 voucher borders + 1 voucher starbucks.

Belanja RM250 – dapat RM20 voucher borders + 1 starbuck card yang siap topup

Ini deal yang bagus untuk peminat kopi Starbucks!

3. MPH

mph online bb1m 2015

Belanja sebanyak RM250 di MPH atau MPH online boleh dapat 1 voucher buku dan peralatan bernilai sebanyak RM50. Voucher tersebut boleh digunakan membeli peralatan seperti headphone dan mouse.

BB1M boleh diguna untuk belian online MPH, dan tawaran buku online MPH biasanya lebih murah jika berbanding beli di kedai. Kelemahan online store MPH ialah pilihan jenis buku yang kurang dan minimum spending di MPH online ialah RM100. Tetapi memandangkan free shipping, berbaloilah juga beli online.

 

4. Big Bad Wolf Books

big bad wolf bb1m

Walaupun hanya boleh dapat voucher RM20 kalau belanja di Big Bad Wolf, tapi big bad wolf ini terkenal dengan pameran buku secara besar-besaran. Diskaun buku ketika book fair setinggi 75%! Sayangkan Big bad wolf tidak mengadakan sebarang bookfair di sekitar KL dan Selangor. Apapun catch up dengan mereka di facebook untuk berita book fair terkini.