Senarai barangan yang tidak dikenakan GST

Mulai 1 April 2015, GST dilaksanakan di Malaysia. Rata-rata barangan termasuk barang keperluan harian kelihatan kenaikan harga tetapi tahukah anda senarai barangan yang tidak dikenakan GST? Barangan dalam kumpulan yang dikecualikan GST ini digelar Zero-rated. Tujuan pengenalan pengecualian ini ialah untuk meringankan beban rakyat.

Berikut ialah barangan yang tidak dikenakan GST :

1. Bahan makanan keperluan harian seperti beras, gula, garam, tepung gandum, minyak masak, kicap dan sebagainya.

2. Public transport. (Tetapi kedengaran tambang taxi naik harga selepas GST)

3. Kos perubatan seperti kos tinggal di hospital

4. Pelajaran seperti kos tuition dan kos kursus pengajian. Buku-buku, akhbar, majalah dan peralatan sekolah tidak dikenakan GST.

5. Buah-buahan termasuk buah-buah yang import dari luar negara

6. Roti, tepung kopi, teh, mi gandum juga dikecualikan GST.

7. Minyak kereta RON95, RON97 dan diesel.

8. Bill air

9. Perkhimatan kerajaan contohnya bayaran passport

10.  Harta tanah dan penyewaan

Senarai yang lebih terperinci boleh didapatka n di sini.

GST

Kesimpulannya 3 kumpulan GST yang perlu anda tahu ialah

1. Zero rated

Bahan original barangan sendiri tiada GST maka penjualannya tetap bebas GST.

2. Exempt

Bahan asal sudah dikenakan GST, maksudnya harga jualan sudah termasuk GST. Contoh rumah anda beli pada harga 400k, penjual atau agen tidak berhak mengenakan 6% GST, kerana bahan membina rumah sudahpun dikenakan GST.

3. Standard Rated

Barangan dalam kumpulan ini akan terdapat label 6% pada invoice / resit. Barangan gdalam kumpulan inilah yang dikatakan membebankan rakyat, sebab di pasar raya kebanyak barang terkena GST.