BR1m voucher bakal diperhentikan?

Deputy menteri kewangan Datuk Maslan hari ini memberitahu bahawa kerajaan tidak berniat menyalurkan wang BR1M dalam bentuk voucher atau koupon. Ini dikatakan mengikuti amalan di Amerika Syarikat yang mana wang bantuan tidak diagih dalam bentuk voucher.

Beliau berkata hal demikian kerana kerajaan telah berjanji agihan tunai BR1M akan naik sehingga RM 1200 dalam jangka masa lima tahun, sejak BRIM mula pada tahun 2012.

Alasan kedua ialah agar penerima BR1M tidak terkena jerat peniaga yang mungkin mengambil kesempatan ke atas voucher BRIM.

Beliau jawab demikian apabila disoal sama ada penerima BRIM menggunakan wang bantuan tersebut dengan sebaiknya.

Beliau seterusnya mengemukakan masalah sesetengah individu yang terima BRIM dua kali. Seramai 1806 daripada 6776 penerima telah membuat bayaran balik kerana terlebih tuntut wang bantuan BRIM. Pesalah yang enggan berbuat demikian akan disenaraihitamkan dalam sistem LDHN.

Untuk melegakan masalah tersebut Datuk Maslan berkata kemungkinan di masa hadapan voucher br1m akan digantikan sepenuhnya dengan bayaran terus ke bank akaun penerima.

Kesilapan bank officers yang gagal mengenal pasti penerima yang sah menyebabkan kerugian sebanyak 3 juta ringgit.

Adakah disebabkan kecuaian ini penerima yang asalnya layak tidak menerima apa-apa sehingga ke hari ini? Bayaran kedua akan diagih pada hujung bulan Mei, harap-harap semuanya berjalan lancar terutama kepada yang telah menghantar borang rayuan