Pekerjaan sebelum menjadi jutawan Malaysia

Hari ini kami ingin perkenalkan berapa jutawan (billionaire) Malaysia dan haluan sebelum mereka menjadi kaya. Coretan sebegini popular di kalangan rakyat biasa, ia dibuktikan apabila media antarabangsa menceritakan latar belakang billionaire international bagaimana payahnya haluan sebelum menjadi orang terkaya dalam bidang masing-masing, Contohnya sebelum Jack Ma menjadi orang terkaya di China dengan empire internet beliau, beliau dahulu mohon bekerja di KFC pun ditolak.

Mari kita melihat jutawan Malaysia pula bagaimana :

1. Dato’ A.K Nathan

Dato’ A.K Nathan

Beliau merupakan veteran dalam industri construction. Syarikat beliau giat berkembang seiring perkembangan pesat bandar Kuala Lumpur. Beliau terpaksa berhenti pengajian universiti kerana kemiskinan. Sebelum memulakan perniagaan sendiri beliau pernah bekerja sebagai penghantar surat khabar dan agent insuran.

2. Tony Fernandes

tony

Kini Tony merupakan CEO airasia dan usahawan   kental Malaysia. Selain airasia beliau juga founder Tune Group yang kini menyediakan perkhimatan hotel budget di plaftform dunia. Tony sebelumnya hanya seorang auditor biasa di Virgin Atlantic.

3. Syed Mokhtar Al-Bukhary

Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary lahir pada tahun 1952, merupakan icon kekayaan dalam kalangan bumiputera. Beliau mempunyai profile business yang berbagai, dari logistic ke power generation. Suatu ketika dulu beliau hanya seorang penjual sayur, pembuat roti canai dan penternak lembu di ladang.

4. Robert Kuok

robert-kuok

Siapa tidak kenal dengan raja gula Malaysia. Biarpun beliau pernah bekerja sebagai office boy, tapi visi beliau tajam. Beliau juga terkenal dengan sifat dan tekun.

5. Vincent Tan

vincent tan

Pemilik dan pemegang syer  utama Berjaya Group. Beliau dipuji kerana hebat dalam pelaburan. Mungkin sifat dan ketajaman mindset sebegitu dipupuk semasa beliau berkhimat sebagai kerani di bank.