Tip jimat wang untuk survive selepas GST

Gaya hidup yang menentukan sama ada kita hidup senang atau payah sebagai seorang warga di Malaysia. Kenapa saya sebut Malaysia? sebab rakyat di Malaysia sebenarnya agak bahagia jika di bandingkan dengan sesetengah negara jiran. Contohnya di Philippine, gaji seorang graduan universiti hanya di sekitar RM1200-RM1500 dan mereka perlu bayar income tax dengan pemulaan gaji yang begitu ciput – setinggi 20%, tiap-tiap bulan. Kenapa rakyat yang hidup di Malaysia ini nak merungut?

Tip Jimat dan survive selepas GST

1. Kurangkan nafsu pembelian

– Perasan atau tidak pekerja di KFC pun pegang iphone. Memang hak seseorang nak beli apa yang dia nak tapi dari pantauan kami dapati ramai yang habiskan duit mengikut nafsu. BRIM bukannya untuk barang permainan, lihat 6 cara habiskan BR1M.

2. Makan di rumah

– Eratkan hubungan kekeluargaan sambil mengurangkan pembelanjaan, tidak kah ia suatu idea yang bernas? Cuba makan secara ringkas dan sihat. Dan kepada yang makan di luar sepanjang masa, mereka mungkin katakan kos makan di luar dan masak di rumah adalah sama, tetapi mereka tidak tahu nilai zat yang diperolehi adalah berbeza. Contohnya satu set KFC yang bernilai RM12, jika anda pilih masak di rumah, kos ayam dan tepung goreng adalah tiga kali lebih murah.

3.  Elakkan loan

– Tidak semestinya kita nak ikut trend. Orang lain beli rumah mewah jangan naik nafsu nak bergaya seperti orang lain. Semuanya biar seimbang ikut kemampuan masing-masing. Mengikut kajian, ramai pemuda Malaysia bankrupt kerana terjerat dengan loan kereta. Apakah masalahnya kita bawa moto dan beli kereta kemudian?

4. Tambah income

Nak tambah pendapatan semestinya ilmu kita perlu tambah dahulu. Tiada seorang pun yang duitnya lebih daripada anda otaknya lebih lembab. Masyarakat kini persaingan amatlah kuat, tapi ia juga bermakna terdapat banyak peluang di luar sana . Di masa lapang kurangkan bermain game dan angkatlah buku untuk belajar kemahiran yang baru.

5.  Saving itu penting

Cuba catatkan pembelanjaan bulanan. Tabiat ini bukan sahaja boleh mengelakkan pembazir tapi membantu dalam jangka masa panjang kepada yang nak simpankan wang. Saving adalah wajib untuk perkara penting seorang seperti pembelian rumah pertama.