Dr Mahathir : Rakyat tidak bersyukur akan BRIM

Dr Mahathir telah berapa kali menyuarakan pendapat tidak puas hati beliau bagaimana Najib memimpin Malaysia. Antara kritikan yang kerap diberi ialah berkenaan dengan duit bantuan raykat 1Malaysia, BRIM. Beliau siap menulis blog post mengkritik BRIM lebih merupakan suatu bentuk pembaziran.

Beliau memuji terdapat rakyat yang layak menerima BRIM tolak bantuan tersebut secara terbuka. Seramai 17,000 orang dilaporkan tolak BRIM secara beramai-ramai di Ipoh dalam pembahagian sesi BRIM tahun 2015. Dr Mahathir berkata perbuatan demikian merupakan tanda matang.

Beliau terdengar ramai yang mengatakan BRIM ibarat rasuah untuk memancing undi di PRU 13. Beliau juga sedih melihat kerajaan menghabiskan sebanyak 3.5 billion ringgit semata-mata untuk memberi RM500 kepada 7 billion orang Malaysia. Beliau menekan BRIM tidak akan membantu dalam mendapatkan sokongan dari rakyat. Hal ini demikian kerana terdapat perkara lain mereka masih tidak berpuas hati, dan undi mereka tidak dapat ‘dibeli’ dengan duit BRIM.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan sepatutnya menambahkan peluang pekerjaan, peluang pendidikan dan dengan semua itu rakyat akan dapat membuatkan duit dengan usaha mereka sendiri.

“Kamu tak nak rakyat bergantung kepada kerajaan. Kamu nak mereka bekerja untuk diri mereka sendiri. “

Beliau menekan hanya dengan membina peluang pekerjaan masalah kemiskinan dapat diselesai. Dengan itu, sesen pun tidak perlu dikeluarkan oleh kerajaan.

“Wang bantuan sepatutnya diberikan kepada yang benar-benar perlukan bantuan.”

Dr Mahathir berkata beliau telah mencuba menasihat Najib untuk menghentikan BRIM.