BRIM tidak seburuk yang disangka

BRIM dikecam hebat oleh bekas perdana menteri kita, Dr M berapa hari yang lalu. Kritikan BRIM oleh Dr M disambut chief minister Sabah Datuk Seri Panglima Salleh, bahawa BRIM tidak seburuk seperti yang dikatakan.

Datuk Salleh tidak setuju dengan kenyataan pemberian BRIM akan meletakkan Malaysia sepentas dengan negara-negara mundur. Menurut beliau BRIM mempunyai peranan setanding dengan tindakan yang dilaksanakan British, iaitu menghabiskan RM1.3 billion dalam soal keselamatan dan kesihatan sosial. Maka kita tidak seharus mengatakan British sebuah negara yang tidak maju.

Seterusnya isu peluang pekerjaan tidak wujud di Malaysia. Tidak seperti di UK, seramai 2 juta penduduk di UK tidak mempunyai pekerjaan. Di Malaysia disebabkan kurang tenaga pekerja, Malaysia bergantung kepada setinggi 20% tenaga buruh yang diimport dari luar negara.

Masalah utama Malaysia ialah, tidak seperti di UK, negara ini tidak melaksanakan undang-undang minimum wage. Maka penduduk yang bekerja di Malaysia ramai sukar untuk menampung diri dengan gaji yang kurang daripada seribu sebulan.

BRIM bukan sahaja membantu golongan yang tiada pekerjaan malah turut menyokong golongan yang bekerja, tetapi menerima gaji yang tidak mencukupi untuk menjalankan kehidupan seharian.

Alternatif yang boleh dilaksanakan selain BRIM menurut Datuk Salleh ialah melaksanakan akta minimum wage pada RM1200 sebulan.