JPJ lancarkan OPS Warta, kenakan tindakan terhadap penghutang saman Mei Depan

JPJ bakal mengenakan tindakan tangkapan terhadap penghutang saman yang tidak melangsaikan hutang saman JPJ setelah lama hutang tertunggak. Program tersebut digelar OPS Warta, dan akan dilancarkan mulai bulan Mei depan.

JPJ Malaysia melalui Program OPS Warta dikatakan akan menuntut jumlah saman tertunggak sebanyak 1.6 juta. Saman tertunggak ini bernilai sebanyak RM4.8 juta. Sekiranya nama anda tersenarai dalam OPS warna, anda perlu membayar paling tinggi RM300 sama, atau dikena hukuman ke makmah kalau gagal menyelesaikan saman tersebut.

Ketua JPJ menasihat sebelum disenarai hitam, diminta pemilik kenderaan yang masih belum membayar hutang saman menyelesaikan hutang masing-masing dengan segara. Akibat gagal melangsaikan hutang saman akan ditangkap pihak berkuasa.

Ketua JPJ juga memberitahu setelah menjalankan program desakan, setinggi 61% saman diselesaikan. Sehingga kini masih terdapat kira-kira 1.5 juta saman yang belum dibayar. Sebanyak kira-kira 800 ribu saman telah dikeluarkan JPJ dalam masa tiga bulan awal tahun 2015. Dalam daripada itu, 9 ribu saman dikenakan terhadap pengguna yang menyalahguna lorong kecemasan.

Anda boleh menyemak saman JPJ melalui 3 kaedah seperti di bawah

1. SMS (berbayar, 20sen pada setiap balasan yang diterima)

Masukkan ‘POLIS SAMAN [NO_PLATE_KERETA]’ dan hantar ke 15888.

2. Online

Layari website JPJ http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis dan menyemak menggunakan myKad.

3. iOS mobile app

Malaysia Police Summons iOS app