Pembayaran BRIM dijangka pada 28 Mei

Diminta semua cuba kawal nafsu belian memandangkan bantuan BRIM dibayar pada hujung bulan.

Dan dipersilakan pembuat rayuan kemukakan ‘resit’ yang telah dicop pihak LDHN sekiranya sehingga hari ini duit BRIM anda belum masuk ke akaun. Sepatutnya sebelum tarikh pembayaran BRIM kedua iaitu pada 28 Mei, pembuat rayuan yang lulus telahpun terima wang mereka ke akaun bank masing-masing.

brim mei 2015

^ Resit rayuan yang dicop perlu dibawa sebagai bukti rayuan pernah dibuat.

brim mei

Manakala bagi penerima yang sememangnya lulus, peringkat kedua BRIM bakal menjelang dan dijangka dibayar pada hujung bulan ini, pada sekitar 28 Mei 2015. Anda boleh menyemak akaun bank masing-masing hujung bulan Mei ini.

Pembayaran kali Mei kepada ketegori keluarga yang berpendapatan lebih dari 3 ribu ialah RM300 manakala RM200 kepada keluarga yang berada dalam ketegori pendapatan keluarga kurang daripada 4 ribu. Pembayaran kali Mei dan di bulan September nanti tidak akan membabitkan kategori bujang, kerana jumlah bantuan mereka telah selesai dibayar pada Januari yang lepas.

Berita baik kepada yang layak dan bakal layak, pada masa depan kemungkinan BRIM akan dinaikkan lagi, seperti dalam laporan berita baru-baru ini. Jumlah baharu masih belum ditentukan.