Najib kecewa penerima BR1M senyap

Najib berasa kecewa apabila rakyat hanya tahu merungut akan kenaikan harga barang dan GST tetapi senyap sesudah terima bantuan wang dari kerajaan.

“Kami perkenalkan GST tapi pada masa yang sama BR1M dinaikkan sebanyak RM300 pada tahun ini. Malangnya ramai yang hanya bersenyap ketika menerima wang bantuan tersebut, dan apabila harga barangan naik sedikit mereka mulalah merungut.”

“Kerajaan sedar bahawa harga barang akan naik itulah sebabnya BR1M wujud, sebagai jalan penyelesaian kepada masalah itu. Selain itu income tax perseorangan dan corperate juga turut diturunkan.”

Najib mengeluarkan kesalnya semasa bermesyuarat dengan kakitangan kerajaan di Putrajaya hari ini.

Najib juga turut berkata bahawa beliau faham sesetengah yang mengadu akan GST sebenarnya tidak faham akan pelaksanaan GST. Bagi itu, pemantauan perlu dibuat agar masalah itu selesai.

Najib berkata sekiranya kerajaan ikuti kehendak orang ramai negara akan mengalami kerugian pada jangka masa panjang. Beliau berikan contoh kepada pelaksanaan GST  ibaratkan ubat antibiotik, yang perlu diambil sehingga habis barulah sakit akan dapat sembuh.

“Rakyat perlu faham bahawa GST itu sebenarnya suatu tax sistem yang diperbaharui demi tujuan perlaksanaan tax lebih berkesan dan efiesien.