Semak bayaran BR1M ke-2 (Mei) masing-masing

Pembayaran BR1M fasa kedua akan bermula pada 28 Mei, melibatkan lebih kurang 4.65 juta penerima BR1M. Statement itu disahkan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Bayaran fasa pertama telah diagihkan pada 15 Januari 2015 yang lepas, melibatkan kesemua kategori bujang.

Selain itu, seramai 141,670 penerima yang telah diluluskan rayuan turut akan menerima bayaran mereka dalam pengedaran BR1M kali ini.

br1m 2016

Sila semak akaun bank pada hujung bulan Mei kerana pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bag i mereka yang tidak mempunyai akaun bank, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank.

Skim Khairat Kematian (SKK) setakat ini juga meluluskan seramai 16,000 kes. Orang ramai yang merupakan penerima BR1M boleh menuntut bantuan RM1000. Bantuan ini terbuka kepada kategori Isi Rumah dan Warga Emas.

Berhubung isu sama ada penerima BR1M dikecualikan GST, Perdana Menteri Najib Razak sudahpun menjelaskan bahawa pelan tersebut tidak akan dilaksanakan. Ia memandangkan kerajaan telahpun menaikkan nilai bantuan BR1M.

Like facebook page kami untuk mendapatkan update terkini BRIM!

Update * : Terdapat member kami di facebook melaporkan telah dapat bayaran dari bank RHB seawal 27 Mei.