Postpaid termurah – Celcom RM38 review

Postpaid celcom first 38 merupakan postpaid termurah yang diperkenalkan khas untuk pengguna yang sering menggunakan internet di mobile. Berbanding dengan layanan internet prepaid yang ditawarkan pelbagai telco, 3GB sebulan dengan hanya RM38, sememangnya dari segi harga package ini tiada bandingannya, menjadikan package ini antara postpaid yang termurah di Malaysia.

Celcom RM38 Review

Ramai kuatir akan kelajuan celcom first 38 akan terjejas di masa depan memandangan sekelompok yang besar telahpun mula tukar ke package ini. Tapi setakat ini selama seminggu telah kami guna, internet speed masih mantap.

Berikut ialah keputusan speedtest untuk 4G connection di Wangsa maju, Setapak, KL.

Kami cuba juga dengan 3G tanpa LTE, kelajuannya masih dapat mencecah 10mb/s. Percubaan juga dibuat dengan menggunakan PC, ping lebih kurang sama dengan unifi, tiada beza sangat kalau setakat surf web.

Kelebihan bulanan Celcom RM38

– 3GB quota internet

– 3GB tambahan untuk celcom wifi

– Percuma 50 minit call dan 50 sms ke semua telco

3GB untuk sebulan sangatlah cukup dan kelebihan utama package ini ialah quota yang tidak habis diguna boleh dibawa ke bulan depan. Contohnya bulan June anda menghabiskan 2GB, dan bulan Julai nanti anda ada 4GB, dengan harga yang sama! Pendaftaran Celcom RM38 adalah percuma. Kungjungi mana-mana branch celcom kalau anda berminat.