Pemandu biasa dibenarkan pakai kasut selipar ketika memandu

Suatu ketika dulu rakyat kecoh apabila JPJ cuba pertikaikan pakaian pemandu. Tetapi hal tersebut diakhiri dengan JPJ meminta maaf kepada pihak yang tersinggung. Tapi baru-baru pihak JPJ sekali lagi dikecam kerana menurut khabar angin di social media, JPJ kemungkinan akan saman akan pemandu yang memandu yang memakai selipar. Orang ramai giat merungut dan bimbang akan dikenakan saman selepas mendengar berita tersebut.

Sebenarnya kebenaran berita tidak menjejas mana-mana pemandu yang memiliki lesen memandu biasa. Undang-undang yang melarang pemakaian selipar ketika memandu sebenarnya hanya kuatkuasa kepada pemandu lori, teksi dan bas. Walaubagaimanapun demi keselamatan pemandu-pemandu yang lain, rakyat tidak digalakkan menggunakan kasut selipar semasa memandu.

Menurut Akta Pengangkutan darat di negara ini, setiap pemandu komersial termasuk pemandu yang menggunakan van , bas atau teksi hendaklah memakai kemeja berkolar dan pakaian yang kemas, maka penggunaan kasut selipar ketika di jalan raya adalah melanggar undang-undang.

JPJ tidak akan kenakan sebarang tindakan undang-undang kepada pemandu biasa yang memakai selipar kerana tiada sebarang akta yang melarang pemakaian kasut selipar terhadap pemandu-pemandu biasa.