Pinjaman rumah berdasarkan tangga gaji

Harga harta tanah belakangan tahun ini tidak pernah menurun, malahan melonjak tinggi demi tahun ke tahun. Fenomena ini membimbangkan terutamanya kepada golongan muda yang ingin membelikan rumah untuk mendirikan rumah tangga. Antara lokasi yang meninggi lonjat harga rumah termasuklah Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Penang.

Menurut laporan, biarpun bagi ramai golongan muda yang sudahpun memiliki rumah sendiri, mereka tetap tertekan membayar bayaran bulanan yang tinggi kepada rumah yang dibeli. Puncanya kebanyakan mereka tidak mempunyai ilmu terhadap pembelian harta tanah dan berfikiran terlalu positif dengan gaji mereka.

Ambil contoh Ali yang bergaji 5 ribu sebulan telah membelikan sebuah condo yang berharga 500k. Beliau perlu membayar 2 ribu iaitu lebih dari 40% gaji tiap-tiap bulan, kerana beliau mengeluarkan jumlah yang sedikit dan loan dengan banyak dari bank. Bayangkan selama 35 tahun Ali perlu menjadi hamba kepada rumah yang dibelinya, akibat nafsu ikut orang lain beli rumah.

Pinjaman rumah berdasarkan tangga gaji

Loan rumah berdasarkan tangga gaji(pinjaman selama 35 tahun dalam Ringgit

Gaji bulanan
2/3 gaji
Jumlah loan yang dapat diluluskan
bayaran bulanan
Harga rumah ideal untuk dimiliki
1000
333
60 ribu
334
70 ribu
2000
666
140 ribu
663
160 ribu
3000
1000
210ribu
987
230 ribu
4000
1333
280 ribu
1316
310 ribu
5000
1666
350 ribu
1646
380 ribu
6000
2000
420 ribu
1975
460 ribu
7000
2333
490 ribu
2304
540 ribu
8000
2666
560 ribu
2633
620 ribu
9000
3000
630 ribu
2962
700 ribu
10000
3333
700 ribu
3291
770 ribu

Sekiranya anda ingin menjalani kehidupan yang senang, dengan gaji 5 ribu, anda dinasihatkan hanya beli rumah yang sekitar 400 ribu. Carta di atas harap maklum tidak termasuk kira hutang lain seperti hutang kereta dan tanggung-tanggung yang lain.

Selain itu anda dinasihatkan memendekkan tempoh pembayaran paling maximum kepada 30 tahun, sekiranya umur anda telah mencecah 30 tahun. Anda sudah semestinya tidak ingin melihat tanggung rumah diwarisi anak-anak.

Selalunya ketika pembelian, anda wajib membayar lebih daripada apa yang telah ditawarkan, kerana penjual demi tujuan promosi tidak akan menyatakan kos peguam dan cukai.

Secara pengiraan kasar, anda sebenarnya akan terlebih membayar 50% habuan daripada harga rumah anda kepada bank. Maka jangan terikut-ikut orang ramai, memiliki rumah dengan membayar terlalu sedikit wang pendahulan, seperti 10%, kerana bebannya adalah berat di masa hadapan.