Ikon hartanah kecewa akan sikap graduan muda zaman sekarang

Faizul Riduan, seorang ikon harta tanah mengeluarkan rasa dan kata kecewanya kepada seorang graduan yang baru sahaja mengadu di atas pentas, di depan Timbalan Perdana Menteri mengadu betapa sukarnya kehidupan yang perlu dilalui graduan apabila tamat pengajian tinggi mereka.

Faizul mulakan perkongsian kisahnya sewaktu beliau berumur 23 tahun..

Semasa saya berumur tahun 23, saya baru habiskan pelajaran dari Universiti Malaya dalam jurusan kejuruteraan perisian. Saya bekerja di Starbuck untuk mencari wang saku. Keuntungan sekitar seribu ringgit sebulan, cukup untuk kegunaan beriadah seperti membayar motor dan makan minum.

Saya berjaya membeli sebuah moto dengan duit bekerja di Starbuck kerana keluarga saya tidak mampu membelikan kereta untuk saya.

Selepas setahun bekerja saya berhasrat nak belajar untuk berniaga. Disebabkan ketiadaan modal saya sedar bahawa saya perlu bekerja dan hidup secara berjimat untuk mengumpulkan modal perniagaan. Saya juga merasa apa yang penting bukan wang semata-mata, tetapi ilmu yang bakal dapat jana di dalam sebuah syarikat, maka saya tidak memilih pekerjaan mengikut bayaran gaji.

Pekerjaan pertama saya adalah sebagai seorang kredit kad promoter. Tiada gaji asas sebagai penjual kad kredit, kadang-kala saya risau akan makan minum juga, tapi saya sedar bahawa melalui pekerjaan ini saya akan dapat belajar teknik menjual, yang suatu hari nanti pasti berguna dalam perniagaan.

Pekerjaan kedua saya sebagai management trainee di sebuah bank. Saya bermula dari kosong sebab dunia kewangan tidak memerlukan teknik jualan yang saya pelajari dalam pekerjaan pertama. Dalam simpan sekurang-kurang RM1300 setiap bulan dari gaji RM3000. Hal ini penting bagi saya kerana selama ini saya tidak mempunyai gaji yang stabil. Selepas setahun saya dapatkan rumah pertama, iaitu rumah jenis kondo berdekatan Kelana Jaya yang berharga lebih kurang RM140,000 pada masa itu. Kerjayaan kecil dirasai sebab umur saya hanya 25 dan berjaya membelikan sebuah rumah. Saya masih menggunakan moto lama dan tidak mempunyai kereta pada masa itu biarpun dengan gaji 3 ribu saya mampu beli kereta.

3 tahun selepas itu saya ditawarkan bekerja di syarikat yang lebih besar sebagai pakar business development. Saya dapat job ini kerana syarikat ini ditubuh oleh ex-boss saya. Beliau berkata saya Melayu yang minoriti sebab sikap saya yang rajin dan tekun.

Saya merupakan orang yang paling muda di seluruh Asia Pasifik yang memegang jawatan sebagai pakar business development. Gaji melonjak ke hampir RM9000 dari RM3300. Saya bersyukur akan apa yang Allah bagi.

Sebelum saya nikah saya telah belikan 4 lagi hartanah dan langsung tidak berhutang. Saya kawal nafsu untuk tidak membeli kereta dahulu kerana moto saya masih berfungsi untuk saya bawa ke tempat kerja.

Saya bekerja di syarikat itu hampir 5 tahun, sampai gaji cecah belasan ribu. Gaji dah naik sampai 11 ribu, baru saya membeli kereta. Kereta yang dibeli pun kereta second hand, berharga RM75,000.  Graduan sekarang? Baru gaji RM2500 dah menggelupur nak beli Honda City dan Vios.

Saya rasa dah cukup bekerja untuk orang, saya nak mulakan perniagaan sebab itu impian saya. Saya tinggalkan gaji berbelas ribu. Tak ramai orang yang akan ambil jalan yang saya pilih untuk bermula dari kosong bila dah ada gaji berbelas ribu, hartanah dah beli lebih dari 20 puluh.

Saya rasa tiada rahsia di sebalik kerjaya saya. Kita kena berusaha untuk mencari ilmu. Apabila dah ada ilmu, duit akan datang, yang penting berfikir secara jangka masa panjang.

Orang yang bergaji besar tidak balik tepat pukul 5.30 petang, sebaliknya mereka bekerja lebih dan balik hanya kerja mereka siap.

Orang yang berjaya karang complain pasal benda kecil. Kalau orang minum depan anda yang berpuasa pun anda boleh jadikan issue, maaflah saya boleh cakap sekarang anda memang susah nak berjaya sebab masalah kecil macam ni pun akan ambil banyak masa anda.

Belajarlah melabur dengan duit. Ini penting apabila bank sudah ada simpanan. Cuba fikir kalau saya belikan Vios seawal saya berumur tahun 25, adakah saya akan dapat miliki apa yang saya dapat hari ini?

Tiada guna menangis dan mengadu akan kesusahan hidup. Setiap insan ada kesukaran masing-masing. Hidup berubah keh kalau kita mengadu dengan tangisan?