Najib : Saya terima wang untuk UMNO

Kontroversi 2.6 billion tidak hilang serta merta biarpun Najib telah membuat kenyataan bahawa wang tersebut merupakan suatu derma dari seorang individu. Identiti penderma tidak diketahui, menurut laporan penderma tersebut berasal dari negara timur tengah.

Najib dalam ucapan menekankan bahawa tiada wang rasuah dari IMDB disalurkan ke dalam beliau. Beliau berkata sumber kewangan parti pembangkang adalah kotor, wang-wang tersebut berasal dari tauke dan juga dari luar negara. Najib berkata beliau sudi bentang isu 2.6 billion dengan syarat pembangkang turut membentangkan sumber kewangan mereka.

Najib berkata mereka yang telah mendapatkan bantuan dari kerajaan janganlah menambah minyak ketika beliau diserang.

“Wang tersebut adalah demi parti UMNO semata-mata dan bukan untuk tujuan yang lain. Jangan kata saya jual negara, saya sebagai perdana menteri dipertanggungjawab untuk menjaga negara dan saya terima pun bukan kerana kontrak. Orang lain terima tapi beri kontrak, kontrak luluskan tanah untuk membina rumah dan sebagainya” – kata beliau.

“Ramai bahagian yang telah terima bantuan. Kami banyak buat kerja kebajikan sehingga sesetengah bahagian dapat allowance setiap bulan. Janganlah berdiam diri setelah bantuan tersebut.”

Najib : Saya terima wang untuk UMNO 

Nampaknya rakyat yang bakal terima BR1M online 2016 selepas kemaskini jangan lupa pula jasa Najib. Hidup UMNO!