BR1M 2016 akan diteruskan, baca 4 sebab kenapa

Ramai yang mengata Najib telah keluarkan statement ugut dan kemungkinan br1m 2016 tidak akan terjadi, tetapi keadaan politik kini kemungkinan besar br1m 2016 tetap akan diteruskan pada tahun depan.

1. Br1m menjadi lebih penting selepas GST

selepas adanya GST, rakyat kelihatan telah menurunkan kuasa membeli mereka secara putara. Kehidupan harian rakyat semestinya terjejas akibat ekonomi negara yang tidak stabil. Ekonomi yang tidak stabil menjejaskan ramai peniaga dan akibat itu terjejaslah pekerja-pekerja am. Peluang pekerjaaan tidak lagi setinggi berbanding dulu, ramai graduan yang masih menganggur. BN akan hilang kepercayaan sepenuhnya dari rakyat jikalau mereka memperhentikan br1m pada masa yang sukar ini.

2. BRIM melibatkan sumber tenaga yang besar

Mulai br1m yang ketiga, barulah sistem br1m online diperkenalkan. Projek tersebut telah memakan masa yang panjang dan kos yang amat besar untuk dipasang. Bukan mudah untuk mengagihkan wang terus kepada rakyat dan menubuhkan unit khas untuk membantu rakyat membuat kemaskini br1m. Manakan projek itu akan diperhenti secara tiba-tiba. Sumber tenaga dan fokus yang ditaburkan untuk menjayakan bantuan ini membolehkan bantuan ini kelihatan akan diteruskan sehingga ke tahun 2018, Inshallah.

3. Br1m kad ‘terakhir’

Setelah ramai kes politik, anda rasa kad mana satu yang paling berkesan untuk memenangi semula hati rakyat dan menyakinkan mereka bahawa BN masih mampu untuk mentakbir? Adakah ia pengenalan pembangunan rumah baharu? Projeck bina sekolah? Bantuan untuk golongan OKU? Salah, jawanpannya ialah br1m! Isu-isu seperti harga minyak naik, GST, nilai Ringgit turun dan macam-macam hal huru-hara di sini sana, tak mungkin kerajaan akan hapuskan br1m pada masa yang genting ini sebelum PRU.

4. Rakyat masih mahukan BRIM

Kalau tengok online memanglah orang ramai seakan-akan kuat kritik bantuan br1m, termasuk Tun M pun mengecam kuat terhadap duit yang dikatakan suatu jenis rasuah ini. Tetapi harus anda tahu bahawa orang bujang sahaja ramai yang online. Orang yang perlukan br1m tidak mampu meluangkan masa lebih dari 3 jam sehari online sebab mereka sibuk mencarikan nafkah untuk menyara keluarga. Secara umum memandangkan golongan yang berpendapatan rendah besar di negara ini, maka terlalu ramai yang sebenarnya inginkan br1m diteruskan tahun 2016, dan bantuan tersebut begitu penting bagi mereka untuk meneruskan kehidupan.

Percaya atau tidak, kami meramalkan kenaikan br1m pada tahun 2016. Kemungkinan kriteria kemaskini atau pemohonan br1m terbuka kepada lebih ramai lagi. Jangan lupa bahawa Brim merupakan janji BN sehingga 2018. Br1m hanya akan berhenti ketika pemimpin BN dah jemu menjadi menteri. Tunggu dan lihat dalam pembentangan bajet 2016 yang akan diadakan bulan depan, pada 23 Oktober.