Semak baki touch n go online

Berapa laluan highway telah bermula menghapuskan penerimaan wang tunai di kaunter tol. Dengan itu pemandu baru ini sibuk membeli kad touch n go. Penggunaan touch n go tidak terhad kepada pembayaran di tol atau LRT, malah kad tersebut juga diterima di pasaraya seperti tesco dan seven eleven.

Selain itu kad tersebut juga boleh digunapakai di parking shopping mall untuk memudahkan pembayaran tiket parking. Seperti promosi kad kredit, pihak touch n go juga akan mengadakan promosi untuk pemegang kad touch n go seperti kempen buy one free one, rebate dan diskaun.

Keburukan kad ini ialah selama 6 bulan sekiranya tanpa sebarang transaksi, RM5 akan ditolak dari akaun anda.

Pengguna touch n go hanya boleh mengetahui baki kad touch n go setiap kali mereka membuat pembayaran.

Semak baki touch n go online

Tapi tahukah anda dengan MYTouchnGo, kini anda boleh semak baki touch n go secara online. Anda juga boleh mengetahui rebate point dan sejarah transaksi. Sistem MYTouchnGo adalah percuma untuk didaftar. Ia amat berguna kepada yang memegang lebih daripada satu kad. Pendaftaran boleh klik di sini,dengan memasukkan nombor serial touch n go anda dan IC.