Inginkan BRIM tapi inginkan lagi kerajaan yang efektif

BRIM diberi kepada golongan bujang biarpun brim ini dikatakan membantu golongan yang berpendapatan rendah secara umum. brim bujang beberapa tahun lepas menampakkan maklum balas yang positif, masing-masing membuat kemaskini secara online pada awal hari pembukaan permohonan.

brim bujang

Bagaimanapun bantuan rakayt 1malaysia ini tidak disenangi orang ramai, kata mereka orang bujang tidak harus diberi bantuan brim kerana mereka sepatutnya mempunyai tenaga yang cukup untuk menyara diri sendiri.

Berikut adalah kisah seorang yang mula-mula tergila-gila brim akhirnya kesal akan kerajaan memberikan wang percuma kepada rakyat.

Nama saya Ahmad Ibarahim berasal dari Kedah yang baru mulakan kehidupan di Kuala Lumpur 2 tahun yang lepas. 2 tahun lepas, dengan segulung ijazah saya pun datanglah mencari nafkah di bandar KL. Mula-mulanya, saya bersyukur sebagai seorang yang layak untuk brim semasa saya bekerja di kampung. Tapi selepas mari ke KL, hidup saya tidak pernah senang. Ingatkan senang saya beli kereta dan bawakan bini ke mari sebab gaji di KL pun lebih tinggi. Saya berasa geram apabila tiba-tiba belakangan banyak kes berlaku di negara ini, orang yang terasa bukan orang kampung, tapi orang ramai yang ibarat terpaksa terperangkap di kawasan bandar ini.

Saya reda kalau negara maju dan rakyat dikena GST. Tapi kenapa pula GST dikenakan pada masa ini? Kenapa pula 6%? Tidak boleh ambil 3% dahulu? Harga barang tengah naik dikenakan pula cukai tinggi, maklumlah bukan satu cukai sahaja kami perlu bayar. Mana pula duit cukai pekerja yang saya bayar melayang pergi? Rasuah di negara ini membawa pelbagai masalah dan siapa yang sengsara? rakyat yang tiada kuasa ini yang menara.

Brim itu pun satu. Kalau hendak beri bantuan berilah dengan sistematik. Ibu bapa di kampung tidak juga dapat, saya hairan jiran semua dapat kenapa pula ayah tiada dalam senarai? Adik bongsu saya yang bakal sambung IPT terpaksa ditanggung abangnya sebab syarat ptptn untuk mendapatkan pinjaman penuh diperbaruhi disebabkan brim. Yang lulus itu pun surat lambat sampai atau dihantar sekali gus. Sistem kemaskini online tidak dapat saya akses, seminggu saya tunggu emel akhirnya terpaksa juga saya datang ke kaunter bantuan. Kalau kerajaan buatkan brim ini sistematik, tidak akan semua penerima muncul secara serentak di LDHN, dan usahlah saya tunggu di LDHN sepanjang hari semata-mata nak selesaikan perkara brim.

Apapun saya harap brim diteruskan dan ditingkatkan tahun 2016, sebab ia merupakan janji dan manifesto Barisan National dalam pilihanraya yang lepas. Tapi sebagai seorang muda yang masih mentah dalam mencari penentuan jalan hidup, diminta pegawai yang dipertanggungjawap memajukan negara ini berusahalah untuk membuat kerja masing-masing, agar orang bujang di negara ini mampu bersaing dan bertambah maju.