BRIM untuk keluarga RM5000 hanyalah khabar angin

Khabar angin BRIM di social media disahkan tidak benar oleh LDHN. Sesetengah pihak media menyebarkan bahawa keluarga yang berpendapatan RM5000 ke bawah layak untuk menerima BRIM sebanyak RM1000 dalam pembayaran yang akan datang adalah berita palsu.

Kemungkinan penyebaran mesej tersebut tidak berniat jahat. Dipercayai satu video yang dimuatkan ke youtube silap diterjemah dengan betul.  Video menyatakan BRIM tahun depan kerajaan akan mempertimbangkan untuk meningkatkan syarat kelayakan memberi bantuan kewangan kepada keluarga yang berpendapatan RM5000.

Bagaimanapun LDHN hari ini telah mengeluarkan statement official bahawa pembayaran BRIM terakhir tahun ini pada bulan hujung bulan September kepada yang layak adalah berjumlah RM350, kepada kedua-dua kategori keluarga, iaitu keluarga yang berpendapat RM4000 dan RM3000 ke bawah.

bulan pembayaran brim

Biarpun raky at 1Malaysia ini disambut dan dihargai ramai golongan tetapi maklumat muktamad BRIM 2016 buat masa ini belum dapat dikenalpasti. Kami meramal BRIM akan dinaikkan apabila Perdana Menteri masih sebut BRIM pada hujung tahun. Bagaimanapun rakyat perlu tunggu dan lihat nanti pada 23 Oct di mana Perdana Menteri akan pembentangan bajet 2016.