Bayaran BRIM pada 21 September

Bayaran BRIM peringkat ketiga tahun 2015 dijadualkan dibayar dengan lebih awal untuk memberi peluang kepada yang menyambut Hari Raya Aidil Adha. Pelan asal BRIM yang asalnya dibayar pada hujung bulan September telah dibawa ke hadapan iaitu pada Isnin, 21 September. Jumlah bayaran ini ialah sebanyak RM350 untuk kedua-dua kategori keluarga.  Penyataan tersebut dikeluarkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

brim september 2015

“Kerajaan berharap dengan BRIM rakyat boleh membeli barangan untuk menyambut perayaan Hari Raya.”

Penerima jenis baucher masing-masing boleh berkunjung dengan membawa surat yang dikirim ke mana-mana Bank Simpanan Nasional, Maybank, CIMB and Public Bank yang terdekat. Manakala kebanyakan penerima akan menerima wang bantuan mereka melalui bank in terus ke dalam akaun.

Pembayaran ketiga BRIM tahun ini m erupakan pemberian terakhir BRIM. Berkenaan dengan BRIM tahun depan, keputusan akan diketahui pada hari pembentangan bajet 2016 yang bakal berlangsung pada bulan depan. Pembukaan permohonan dan maklumat yang terperinci bagi online BRIM 2016 akan kami maklumkan sekiranya ia diteruskan.

Kepada yang mengalami sebarang masalah boleh menghubugi talian 800-88-2716 atau hantarkan email pertanyaan ke br1m@treasury.gov.my dan br1m@treasury.gov.my.