BR1M 2016 – RM400, RM800 dan RM1000

BR1M 2016 sah naik!

Menyedari kesusahan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan serdehana, kerajaan komited membantu dengan menyediakan bantuan kewangan BR1M (bantuan rakyat 1malaysia) tahun 2016.

Perdana Menteri hari ini semasa pembentangan bajet 2016 telah mengumumkan berita baik kepada semua penerima BR1M. BR1M yang bakal membuka permohonannya telah diperbaharui dengan jumlah yang lebih tinggi.

kerajaan menaikkan bayaran BR1M dari RM950 kepada RM1000 untuk kategori keluarga yang berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah.

Kategori yang berpendapatan sederhana RM3001 sehingga RM4000 sebulan menerima lonjakkan penambahan yang tertinggi iaitu dari RM450 ke RM800.

Manakala BR1M untuk bujang 2016 diteruskan dengan peningkatan RM50, iaitu RM400 seorang kepada orang muda yang berumur 21 dan ke atas, yang berpendapatan tidak melebihi  RM2000 sebulan.

“Sementara itu, kerajaan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) dengan Skim Khairat Kematian bagi melayakkan waris penerima BR1M menerima RM1,000 sekiranya berlaku kematian,” kata laporan bajet 2016

Selain kategori di atas, kerajaan menambahkan lagi satu kategori baru tahun depan. Kategori ini memerlukan nama pemohon berada dalam senarai e-kasih. Mereka ini yang berpendapatan kurang daripada RM1000 sebulan akan diberi bantuan BR1M setinggi RM1050.

Peruntukan wang sebanyak RM5.9 billion bakal untuk BR1M. Perdana Menteri berharap penerima berterima kasih meskipun ramai yang tidak setuju bantuan rakyat 1malaysia diteruskan tahun depan.

“‎Saya tahu ada pihak yang mengatakan bahawa BR1M tidak harus diteruskan, namun melalui maklum balas yang diterima, ramai lagi yang sangat bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan” – Najib Razak

Setakat bulan Ogos tahun ini, BR1M telah memberi bantuan terhadap 4.7 million isi rumah and 2.7 million individu.

Berhubung dengan cara pembayaran BR1M 2016, maklumat yang muktamad masih tidak jelas. Namun kemungkinan besar BR1M 2016 akan dibayar 3 kali setahun seperti yang telah dilaksanakan tahun 2015. Sekiranya perlaksanaan ditetapkan sebegitu, dipercayai kemaskini dan permohonan BR1M akan dibuka pada hujung tahun iaitu bulan Disember nanti.