BR1M kelompok 2 pada 28 Januari

Sesetengah penerima mengadu mereka diberikan status permohonan lulus dalam semakan status, tetapi belum lagi menerima sebarang bayaran sehingga hari ini. Berita baik kepada mereka bahawa BR1M 2016 kelompok 2 akan dibayar mulai 28 Januari 2016.

Rayuan pula akan dibuka mulai March. Kegagalan BR1M anda diluluskan mungkin disebabkan beberapa alasan :

1. alamat rumah diberi tidak dapat dikecapi

2. nama permohon berlainan dengan akaun bank diberi

3. pilihan bank atau nombor akaun yang tidak sah

4. tidak mengisi maklumat tanggungan

Penerima BR1m yang sedia ada pada tahun-tahun yang lepas akibat tidak mengemaskini BR1M tahun 2015, ramai yang perlu membuat rayuan sebab permohonan tidak diproses. Sila berkunjung kepada pusat LHDN berdekatan sekiranya anda menghadapi isu berkenaan BR1M. Bawa salinan IC dan dokumen sokongan seperti surat kelahiran sekiranya perlu.