Sebab Permohonan BRIM 2017 Gagal

Adakah anda layak memohon BRIM? Adakah anda ditolak oleh permohonan BRIM walaupun memenuhi syarat-syarat? Bacalah petikan ini untuk memahami permohonan BRIM dan faktor permohonan BRIM ditolak.

Pastilah pemohon-pemohon yang memohon BRIM 2017 mengharapkan permohonan mereka dapat diluluskan. Namun begitu, bukan semua permohonan dapat diluluskan seperti harapan pemohon kerana sebab-sebab yang wujud dalam proses semakan permohonan BRIM. Agensi-agensi seperti KWAP, KWSP, SSM, LHDNM, Jabatan Pendaftaran Negara bertanggungjawab dalam semakan permohonan BRIM.

Faktor-faktor Permohonan BRIM Gagal

  1. Nombor Kad Pengenalan tidak wujud di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau nama di Kad Pengenalan berbeza dengan nama dalam data JPN.
  2. Maklumat yang tidak lengkap dalam borang berkenaan secara online atau offline. Sekiranya kes tersebut adalah masalah masalah yang dihadapi oleh anda, anda boleh merayu dan membetulkan dalam borang berkenaan.
  3. Permohonan pemohon adalah atau dasar ibu atau bapa tunggal tetapi gagal menyeranaikan nama tangguan.
  4. Pendapatan pemohon melebihi had pendapatan yang ternyata di syarat-syarat BRIM.
  5. Permohonan BRIM dengan status telah berkahwin tetapi tidak memberi maklumat suami/isteri dengan betul dan lengkap.
  6. Nama pemohon telah diletakkan sebagai TANGGUNGAN dalam permohonan individu lain. Pemohon secara automatik tidak layak menerima bantun BRIM sekiranya pemohon berada dalam senarai tanggungan permohonan.
  7. Pemohon telah memohon atau menerima Baucar Buku 1 Malaysia.
  8. Pemohon mampu memiliki kenderaan yang melanggar syarat berkenaan.
  9. Pemohon berada dalam kategori bujang terdapat juga berada dalam permohonan kategori lain sebagai tanggungan kepada pemohon kategori lain isi rumah.
  10. Pemohon memohon BRIM menggunakan Kad Pengenalan yang tidak wujud dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain nama pemohon berbeza dengan daftar JPN. Mereka yang bertaraf penduduk tetap (PR) juga tidak layak menerima BR1M.

 

Syarat-syarat Utama Permohonan BRIM

  1. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.
  2. Ketua, tanpa mengira jantina, kepada ahli keluarga yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan sebanyak RM4000 dan ke bawah sebulan.
  3. Pelajar yang belum menerima Baucar Buku 1 Malaysia.
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan RM2000 dan ke bawah sebulan.
  5. Warga emas yang hidup bersendirian dengan umur 60 tahun dan ke atas yang berpendapatan RM4000 dan ke bawah sebulan.

 

Jumlah Pendapatan

Pendapatan pemohon kini termasuk gaji bulanan, bonus dan lain-lain elaun.Pemohon perlu memberi maklumat gaji kasar bulanan dan lain-lain elaun kecuali bonus bagi setiap isi rumah.

Pemohon masih boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) untuk dipertimbangkan semula dengan merayu secara manual dengan menghantar borang rayuan Permohonan rayuan BRIM pada tahun lepas dibuka dari 1 Mac hingga 15 April 2017.