Gadis bergaji RM1,600 kini miliki aset hartanah lebih sejuta ringgit

Dengan hasil kerja sampingan yang konsistent dan disiplin yang tinggi dalam mengawal pembelajaran, beliau menabung simpanan dan berfikir jauh tentang masa depan sejak muda.

siti_nursyafieqah

Kisah Cik puan Syafieqah menjadi inspirasi kepada ramai golongan muda apabila beliau membuat perkongsian terbuka bagaimana beliau dapat memiliki tiga aset hartanah berjumlah lebih sejuta ringgit dengan makan gaji sebanyak RM1,600.

 

Beliau pernah suatu ketika dikutuk terlalu sibuk oleh kawan kerana tiada masa bersosial. Berikut merupakan perkongsian sebenarnya gadis luar biasa ini:

…Saya dikatakan ‘gila’ sebab diet kewangan saya yang ketat. Saya melakukan semua itu sejak zaman saya menuntut sijil diploma sehingga sekarang.

Saya bermula dengan gaji RM1,600 sebagai eksekutif jualan di sebuah bank yang ternama. Ketika itu saya cuma berusia 21 tahun.

Disebabkan tahap pengajian yang rendah, gaji saya antara yang terendah berbanding dengan rakan sekerja yang lain. Saya tidak cemburu terhadap mereka, tetapi cuba mengusaha meningkatkan pendapatan dengan bekerja part time di pasar raya.

Sebahagian besar gaji termasuk komisen dimasukkan ke dalam simpanan. Saya juga bermula berjinak dengan pelaburan ASB biarpun gaji rendah.

Saya mengaku tidak mudah untuk menyimpan duit setelah gaji ditolak pembelanjaan seperti sewa rumah, pengakutan, makan minum dan bayaran ptptn.

Saya juga jarang berhibur, sebab dalam minda saya saya jelas tentang apa matlamat yang hendak saya kecapi.

Saya nak kongsikan sikit langkah mudah yang saya rasa semua pasangan muda mampu buat:

– umur 23 tahun mula bekerja

– Gaji akan dapat RM1,600 – RM2,200. Katakan income adalah sama
Lelaki RM2,000
Wanita RM2,000

Andaikan Gaji meningkat RM100 setahun.

1. Lelaki boleh pakai motor atau lrt dulu. Jangan beli kereta dahulu.

2. Wanita boleh beli kereta Perodua Axia, komitmen bulanan RM500.

3. Lekaki buat pembiayaan ASB RM100K dan menetapkan tempoh pembiayaan 30 tahun dengan komitmen RM550 sebulna. Jangan diusik dividen selama 3 tahun.
Maka dividen yang terkumpul dalam 3 tahun dengan 7.25% dividen tahunan ialah RM23,300 + Jual sijil (RM4,500) = RM27,800.

4. Wanita buat Pembiayaan ASB 50K , komitmen bulanan RM275, Jangan usik dividen selama 3 tahun juga. Dividen yang terkumpul 3 tahun @ 7.25% dividen tahunan = RM11,650 + Jual sijil (RM2,250) = RM13,900.

5. Nak berkahwin? Tiada masalah sebab jumlah cash di tangan sebanyak RM42,700. Budget untuk majlis perkahwinan jangan lebih RM10,000. Kalau parents atau family nak buat lebih meriah, minta mereka yang support. Teguhkan hati dengan budget tersebut. Jangan ada mindset yang bergaya. Kita biar susah dahulu, bergaya itu boleh nanti. Kita bukan nak berkahwin sehari sahaja.

6. Tinggal cash RM30k. Nak buat apa sekerang? Cari asset yang positive mendatangkan positive cash flow. Jangan sewa rumah mahal dan bayar untuk orang lain.

7. Lelaki cari rumah pertama. Murah pun ok. Cari yang harga kurang RM100K. Mustahil ke cari tempat yang semurah RM100? Cuba cari dalam lelong atau subsale.

8. 3 tahun, EPF akaun masing-masing ada RM5,500. Peruntukkan cash RM10,000 untuk urusan ini dengan mengeluarkan duit EPF RM5,500. Mana fee yang boleh masuk dalam Pembiayaan bank, masukkan. Bayaran bulanan untuk rumah tersebut RM450. Andaikan sewa rumah tersebut RM600.

8. Wanita juga Cari rumah pertama. Sama, low cost pon Takpe. Cari yang harga kurang RM100K juga. Ulang langkah sebagaimana lelaki telahpun buat.

9. Pasangan boleh sewa dulu rumah kecil untuk tempoh 3 tahun. Kalau duduk dengan family lagi bagus. Untuk sementara waktu. Save sikit budget. Hihi. Baki simpanan masih ada RM11,700 kan?

10. Dari EPF akaun kedua pasangan ini boleh menampung RM150 sebulan untuk pengeluaran bayaran bulanan rumah masing-masing. Jadi komitmen untuk rumah masing-masing cuma RM300 sahaja setiap orang.

11. Dari pendapatan Sewa PASANGAN ini RM600 + RM600 , buat Pembiayaan ASB RM100,000 setiap seorang. Gunakan duit pendapatan Sewa tersebut untuk bayaran bulanan. Jangan usik dividen selama 3 tahun. Jumlah dividen terkumpul RM46,700 + Jual sijil LELAKI (RM6,300) = RM53,000. Jumlah cash ditangan Sekarang RM53,000 + RM11,700 = RM64,700.

12. Kekalkan pembiayaan RM100,000 ASB WANITA sehingga habis tempoh pembiayaan dengan komitmen bulanan RM600 secara konsisten lagi 22 tahun dan tidak usik dividen untuk tujuan simpanan jangka panjang, selepas 22 tahun. Jumlah simpanan terkumpul adalah RM510,000.

13. Berbekalkan Cash pada step 11, RM64,700 . Beli pula Rumah untuk duduk sendiri , saya bagi contoh RM300,000. Buat Pembiayaan bersama antara LELAKI & WANITA jika perlu. Komitmen bulanan rumah ini kira kira RM1350. Waktu ini gaji pon sudah meningkat dan PASANGAN ini tiada masalah untuk membayar sebab telah memiliki disiplin dan character simpanan yang sudah dibuat sebelum ini. Pandai-pandai la share bayar. Nak hidup selesa bersama kan.

14. Setidak-tidak dalam tempoh ini mereka sudah ada 3 buah property, kereta pun hampir habis dibayar, gaji dah meningkat, jadi masa ini boleh upgrade sedikit kereta tu.

beli rumah dengan gaji rendah

SYAFOE

Janganlah gaji 2 ribu dah nak beli iPhone dan bawa kereta vios, ingatkan masa depan, Semoga berjaya semua.