Kemaskini dan Permohonan BR1M 2018

Ramai lagi yang belum kemaskini br1m, tarikh tutup adalah masa sebulan dari hari pembukaan permohonan. Layari portal br1m dengan PC, kemaskini menggunakan telephone bimbit tidak dibenarkan.

Langkah-langkah dibawah merupakan tip buat kemaskini dan permohonan br1m 2018.

Kemaskini dan Permohonan BR1M 2018

Lawati sistem br1m – ebr1m.hasil.gov.my and click pada  ‘Permohonan Baru’ atau kemaskini bagi penerima yang sedia ada.

Bagi permohon br1m baharu, kalaulah pop-up yang keluar berkata ‘permohonan telah wujud’ bermakna anda pernah menghantarkan permohonan bagi br1m, anda tidak perlu mengisi borang yang baharu semula. Namun anda wajib kemaskini.

brim-2017-2-768x289

Pemilik akaun bank yang diberi mestilah sama dengan nama permohon. Jadi anda tidak boleh menggunakan bank akaun yang sama untuk terima br1m untuk ibu bapa ataupun orang tua anda. Isikan ‘0’ kalaulah anda tiada pendapatan. Isikan maklumat pasangan untuk memastikan anda dapat bayaran kategori keluarga. Isikan tanggungan juga jikalau anda seorang yang telahpun bercerai.

Isi info Skim Khairat Kematian, ini merupakan insuran automatik bagi semua penerima br1m. Nama yang diisi akan menerima pampasan sekiranya terdapat kemalangan berlaku pada anda.

Seterusnya masukkan kod verifikasi dan tekan ‘Send’

brim-2017-8

Akhir sekali tandakan checkbox untuk mengaku anda telah memberi maklumat yang tepat.

brim-2017-7-279x300

Setelah hantar anda tidak boleh mengubah balik maklumat, kesilapan maklumat akan menyebabkan anda digagalkan untuk terima br1m, maka berhati-hati dan cermat semasa mengisi borang.

Permohonan atau kemaskini akan ditutup selepas sebulan. Khabar angin berkata BR1M 2018 mungkin br1m yang terakhir oleh Barisan Nasional.

Bayaran akan disalurkan kepada penerima yang lulus secara peringkat. Terdapat tiga peringkat, iaitu pada bulan March, June dan September. Bulanan tersebut berkemungkinan tukar, anda akan diberitahu melalui email atau pos sebelum tarikh bayaran.