BRIM 2018 – Permohonan, Kemaskini dan Semakan

BRIM 2018 telah membuka permohonan, berikut merupakan panduan untuk membantu anda membuat permohonan, kemaskin dan semakan status.

Permohonan & Kemaskini

Kunjung ke website hasil, pilih permohonan baharu atau kemaskini, masukkan No. IC dan jawap 2 soalan untuk masuk. Anda hanya boleh masuk dalam tempoh permohonan dibuka.

Dengan hanya 4 langkah, anda sudahpun boleh membuat permohonan ataupun kemaskini BRIM 2018.

brim-2018-step-1

Sebelum masuk ke sistem BRIM, jawab hanya soalan keselamatan yang anda yakin jawapan adalah betul.Klik tukar soalan untuk mendapatkan soalan baharu. Sebab jikalau anda menjawab dengan salah lebih dari 2 kali, IC anda akan disekat dan anda terpaksa berkunjung ke pusat hasil untuk reset semula IC.

brim-2018-step-2

No. Telefon Rumah boleh letak kosong ataupun letak sahaja semula No. Telefon Bimbit. Akaun bank perlu sama dengan nama pemohon, anda dilarang menggunakan akaun bank untuk orang lain biarpun saudara terdekat atau orang tua sendiri.

brim-2018-step-3

Isi maklumat tanggungan. Letakkan 0 pada anak-anak atau orang tua yang tiada sumber pendapatan.

brim-2018-step-5

Akhir sekali klik setuju dan hantar.

Semakan status dan keputusan

Anda boleh melalui 3 cara melakukan semakan BRIM. Antara cara untuk buat semakan keputusan atau status BRIM ialah semakan online, guna email, guna nombor hotline atau guna mobile app (android dan iphone)

Semakan Online
https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2017
Semakan online memerlukan 12 digit MyKad sahaja di website office BRIM.

Semakan melalui nombor hotline
Kaedah ini berkemungkinan tidak berfungsi dengan begitu baik disebabkan ramai pemohon juga menggunakan hotline yang sama untuk bertanya soalan. Anda boleh cuba memanggil 2 hotline iaitu 03-8824565 dan 03-88824566.

Semakan melalui email
Berhubung dengan ahli pekerja dengan menghantar email ke [email protected] Anda boleh bertanya apa-apa soalan mengenai semakan, permohonan atau kemaskini. Jangan lupa hantarkan nombor IC.

Semakan mobile app
LHDN telahpun mengeluarkan mobile app khas agar penerima BRIM tidak perlu beratur ke ATM untuk membuat semakan. Mobile app ini boleh digunakan pada dua jenis platform iaitu android dan iphone. Cara menggunakan mobile app adalah sama seperti menggunakan website BRIM. Peringatan: anda perlu berwaspada ketika menjawap 2 soalan keselamatan dengan betul untuk memasuki sistem BRIM agar sistem BRIM tidak menyekat IC anda.

Keputusan status BRIM:

1. Diterima
Bermaksud permohonan atau kemaskini anda telah diterima pihak berkenaan. Tetapi ini tidak bermaksud bayaran telah dimasukkan ke dalam akaun anda.

2. Dalam Proses
Bermaksud permohonan sedang berlangsung atau kerja pemeriksaan sedang dijalankan.

3. Ditangguhkan
Bermaksud pemohon tidak membuat kemaskini pada tahun yang berkenaan. Kegagalan atau kelambatan mengambil tindakan akan menyebabkan keputusan menjadi TIDAK LAYAK.

4. Lulus
Permohonan berjaya dan pemohon akan dibayar mengikut peringkat.

5. Tidak Lulus
Permohonan ditolak atas beberapa sebab. Kes ialah gaji pemohonan melebihi kelayakan BRIM.

6. Kredit Tidak Berjaya
Permohonan diluluskan akan tetapi duit gagal dimasukkan ke dalam akaun bank yang diberi pemohon.

Terdapat segelintir pemohon mengadu bahawa mereka tidak dibayar mengikut kategori yang dijangka. Rayuan boleh dibuat, kemukaan dokumen sokongan di kaunter LHDN, seperti slip gaji anda dan pasangan.