Category Archives: Brim

Sebab Permohonan BRIM 2017 Gagal

Adakah anda layak memohon BRIM? Adakah anda ditolak oleh permohonan BRIM walaupun memenuhi syarat-syarat? Bacalah petikan ini untuk memahami permohonan BRIM dan faktor permohonan BRIM ditolak.

Pastilah pemohon-pemohon yang memohon BRIM 2017 mengharapkan permohonan mereka dapat diluluskan. Namun begitu, bukan semua permohonan dapat diluluskan seperti harapan pemohon kerana sebab-sebab yang wujud dalam proses semakan permohonan BRIM. Agensi-agensi seperti KWAP, KWSP, SSM, LHDNM, Jabatan Pendaftaran Negara bertanggungjawab dalam semakan permohonan BRIM.

Continue reading

BR1M kelompok 2 pada 28 Januari

Sesetengah penerima mengadu mereka diberikan status permohonan lulus dalam semakan status, tetapi belum lagi menerima sebarang bayaran sehingga hari ini. Berita baik kepada mereka bahawa BR1M 2016 kelompok 2 akan dibayar mulai 28 Januari 2016.

Rayuan pula akan dibuka mulai March. Kegagalan BR1M anda diluluskan mungkin disebabkan beberapa alasan :

1. alamat rumah diberi tidak dapat dikecapi

Continue reading

BR1M 2016 – RM400, RM800 dan RM1000

BR1M 2016 sah naik!

Menyedari kesusahan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan serdehana, kerajaan komited membantu dengan menyediakan bantuan kewangan BR1M (bantuan rakyat 1malaysia) tahun 2016.

Perdana Menteri hari ini semasa pembentangan bajet 2016 telah mengumumkan berita baik kepada semua penerima BR1M. BR1M yang bakal membuka permohonannya telah diperbaharui dengan jumlah yang lebih tinggi. Continue reading

Bayaran BRIM pada 21 September

Bayaran BRIM peringkat ketiga tahun 2015 dijadualkan dibayar dengan lebih awal untuk memberi peluang kepada yang menyambut Hari Raya Aidil Adha. Pelan asal BRIM yang asalnya dibayar pada hujung bulan September telah dibawa ke hadapan iaitu pada Isnin, 21 September. Jumlah bayaran ini ialah sebanyak RM350 untuk kedua-dua kategori keluarga.  Penyataan tersebut dikeluarkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Continue reading

BRIM untuk keluarga RM5000 hanyalah khabar angin

Khabar angin BRIM di social media disahkan tidak benar oleh LDHN. Sesetengah pihak media menyebarkan bahawa keluarga yang berpendapatan RM5000 ke bawah layak untuk menerima BRIM sebanyak RM1000 dalam pembayaran yang akan datang adalah berita palsu.

Kemungkinan penyebaran mesej tersebut tidak berniat jahat. Dipercayai satu video yang dimuatkan ke youtube silap diterjemah dengan betul.  Video menyatakan BRIM tahun depan kerajaan akan mempertimbangkan untuk meningkatkan syarat kelayakan memberi bantuan kewangan kepada keluarga yang berpendapatan RM5000.

Continue reading